Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN Perak Krisis politik Perak 2009

Pada 17 Februari 2009, Zambry Abdul Kadir memberi keterangan kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak berhubung kenyataannya terhadap Speaker DUN Perak, V. Sivakumar. Wartawan akhbar The Star dan Sin Chew Daily turut dipanggil memberi keterangan. Siasatan itu mengikut Perkara 72(3) Perintah Tetap DUN Perak. Zambry dan exco barunya dianggap menghina DUN apabila mengangkat sumpah jawatan. Jawatankuasa itu dipengerusikan Sivakumar dan dianggotai enam Adun iaitu Datuk Hasbullah Osman (Temenggor- BN), Husin Din (Selingsing), Chan Ming Kai (Simpang Pulai), Ong Boon Piow (Tebing Tinggi), Loke Chee Yan (Kepayang) dan Sum Chok Leng (Bercham). Katanya , perletakan jawatan Hee Yit Fong berasaskan Artikel XXXV Undang-Undang Tubuh Negeri Perak. Suruhanjaya Pilihan Raya dimaklumkan untuk mengadakan pilihan raya kecil Jelapang dalam tempoh 60 hari sebagaimana Artikel XXXVI (5) Undang-Undang Tubuh Negeri Perak. Jamaluddin dan Mohd Osman Jailu tidak dibenarkan menghadiri persidangan DUN Perak akan datang kerana kerajaan negeri Perak tidak mengiktiraf mereka.[7][8] [9] Bagaimanapun keputusan itu dianggap UMNO sebagai tidak sah kerana diputuskan oleh V. Sivakumar secara bersendirian tanpa merujuk kepada Dewan bagi membuat keputusan. Selain itu ia juga dianggap membelakangi kuasa Sultan bagi melantik Menteri Besar dan juga bersifat sub judice disebabkan perkara itu telahpun diajukan oleh Nizar ke mahkamah. [10]

Rujukan

WikiPedia: Krisis politik Perak 2009 http://www.agendadaily.com/cms/content.jsp?id=com.... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=3... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=3... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php... http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php... http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php... http://pasberuas.blogspot.com/2008/07/kerajaan-pr-... http://www.malaysiakini.com/news/103763 http://www.malaysiakini.com/news/103800